Seoul: Seorang wanita yang ketagihan pembedahan plastik menyuntik minyak masak ke wajahnya apabila doktor enggan memberikan suntikan silikon lagi
Bekas model Hang Mioku mengalami kecacatan kekal ekoran rawatan kecantikan yang dilakukan sendiri itu.
Selepas menyuntik sebotol silikon dari pasaran gelap ke wajahnya, Hang menggunakan minyak masak hingga menyebabkan wajahnya membengkak dan berparut.
Kegetirannya itu disiarkan televisyen Korea dan penonton memberi sumbangan jutaan won bagi bayaran pembedahan memulihkan wajahnya.
Ketika 10 pembedahan pertama, pakar bedah mengeluarkan 60 gram silikon, minyak serta bahan asing lain dari mukanya dan 200 gram dari lehernya.
Sumber
No comments:
Post a Comment