Pages

Wednesday, May 15, 2013

Tunggu Hari Bersalin, Sarah Raisuddin Masih Aktif

5132013_sarahaktifhamil-a (1)Meskipun dijangka bakal melahirkan bayi keduanya pada 15 Mei ini , namun

penyanyi, Siti Sarah Raisuddin akui dia masih keluar bersiar-siar dan menemani suaminya untuk hadir ke majlis-majlis hiburan.

Siti Sarah yang ditemui di majlis pelancaran Unequein yang berlangsung di Pusat Dagangan Putra Dunia (PWTC) berkata, dia lebih suka bergerak aktif di saat-saat akhir untuk melahirkan bayi kerana percaya akan mudah untuk bersalin kelak.

“Sebenarnya saya tinggal tunggu hari sahaja untuk melahirkan anak tetapi tiada masalah untuk saya keluar ke mana-mana atau hadir ke majlis sebegini kerana saya memang suka bergerak aktif.

“Lagipun, saya percaya lebih elok banyakkan berjalan di hari-hari terakhir hamil sebelum bersalin kerana Insya Allah akan mudah untuk kita bersalin nanti. Anak pertama saya pula memang tidak tahu duduk diam, jadi sayalah yang akan menjaganya dan mengejarnya walaupun dalam keadaan begini,” katanya kepada murai.com.my.

Siti Sarah dijangka melahirkan anak perempuan hadir ke majlis pelacaran produk terbaru penyanyi, Mawi itu bersama suaminya, Shuib Sepahtu beserta anak sulungnya, Uwais Alqarni yang berusia setahun 5 bulan.

Sementara itu, Shuib pula memberitahu dia kini sudah mula bercuti bagi menjaga dan menguruskan isterinya yang akan bersalin tidak lama lagi.

“Saya sekarang sedang bercuti dan tidak mengambil apa-apa kerja lakonan buat masa ini. Yelah tingga beberapa hari sahaja lagi Sarah akan bersalin. Namun saya akan sempat memberi sepenuh perhatian buat Sarah sehingga hujung bulan ini kerana saya akan memulakan penggambaran untuk drama terbaru,” beritahunya.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga sejak 26 Februari 2011 yang lalu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...