Pages

Tuesday, May 21, 2013

Tembikai terakhir Tok Wan

3

Tembikai terakhir Tok Wan
Motosikal mangsa yang terperosok di bawah kereta.

KUANTAN - “Tok Wan jaga diri baik-baik,” pesanan itu menjadi yang terakhir didengari seorang warga emas daripada cucu kesayangannya sebelum warga emas itu terbunuh apabila motosikal ditunggangi terlibat nahas, di Kilometer 16 Jalan Kuantan-Gambang

Tembikai terakhir Tok Wan
Ahli keluarga Mohd Hassan tidak dapat menahan sebak melihat jenazah di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu, Mohd Hassan Othman, 61, dari Felda Panching Selatan, maut di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah kereta.
Menceritakan semula kejadian itu, anak Mohd Hassan, Hasnorinor, 28, berkata, arwah meminta izin untuk keluar dari rumah kerana mahu pergi membeli buah tembikai di Jaya Gading, di sini.
Menurutnya, selepas menunggu hampir empat jam, dia mula curiga dan tidak sedap hati apabila arwah masih tidak pulang ke rumah sehingga tengah hari sedangkan kebiasaannya arwah akan terus pulang selepas selesai membeli barang.
Katanya, bagaimanapun, dia kemudian menerima panggilan daripada orang awam pada jam 1 petang yang menggunakan telefon bimbit arwah sebelum memberitahu arwah terbabit kemalangan jalan raya.
“Saya seperti tidak percaya dengan apa yang diberitahu pemanggil terbabit sebelum bergegas ke tempat kejadian sebelum melihat jenazah bapa sudah ditutup dengan kain putih.
“Kali terakhir saya berbual dengan bapa pagi sebelum kejadian sebaik saja selesai sarapan pagi sebelum bapa meminta izin mahu keluar pergi membeli tembikai dan ketika itulah anak saya meminta bapa menjaga diri,” katanya ketika ditemui di rumahnya di FeldaPanching Selatan, di sini, semalam.
Katanya, dia tidak menyangka arwah akan pergi meninggalkan keluarga buat selamanya dalam keadaan tragedi hampir sama meragut nyawa ibu tiga tahun lalu yang turut dilanggar kenderaan.
Menurutnya, jenazah arwah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Felda Panching Selatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, siasatan awal mendapati, motosikal yang ditunggangi mangsa dari arah Kuantan menuju ke Gambang tiba-tiba mengubah laluan dari kiri ke kanan jalan.
Menurutnya, pada masa sama, sebuah kenderaan yang datang dari belakang tidak sempat membrek kenderaannya lalu merempuh mangsa dari belakang. "Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan,

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...