Pages

Friday, May 17, 2013

Suami isteri dipenjara 24 tahun kerana biarkan pembantu rumah mati kelaparan

Suami isteri dipenjara 24 tahun kerana biarkan pembantu rumah mati kelaparanChin Chui Ling dibawa keluar dari mahkamah. - Gambar-gambar oleh K.E. OoiGEORGE TOWN, 16 Mei Kes

Satu pasangan suami isteri disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun setiap seorang kerana membiarkan pembantu rumah mereka, seorang rakyat Cambodia, mati kelaparan tahun lalu.

Semasa membacakan penghakimannya, Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim mengatakan kes ini telah mencemarkan imej Malaysia menyebabkan Cambodia mahu menghentikan penghantaran rakyat mereka untuk bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.

Suami isteri dipenjara 24 tahun kerana biarkan pembantu rumah mati kelaparan

Soh Chew Tong dibawa keluar dari mahkamah.

Menegur pasangan tersebut, Soh Chew Tong dan isterinya Chin Chui Ling, Hakim memberitahu mereka, sebagai rakyat Malaysia, semua orang harus hidup berkasih sayang dan tidak menyeksa dan mendera orang lain.

“Saya juga mempunyai pembantu rumah dan jika mereka tidak sesuai, saya akan hantar mereka balik, apa perlu ‘rotan’ dan dera,” katanya.

Soh, 44, dan Chin, 42, kedua-duanya disabitkan dengan pembunuhan tanpa niat menyebabkan kematian Sichan Mey, 24, seorang warga Cambodia di sebuah rumah kedai di Taman Asas Murni, Jalan Bukit Minyak.

Mey telah bekerja sebagai pembantu rumah pasangan tersebut di rumah kedai itu semenjak September 2011 dan didapati mati di bilik stor di tingkat dua rumah kedai itu pada 1 April tahun lepas.

Semasa membaca penghakimannya, Hakim Zamani mengatakan pidak pendakwaan telah membuktikan kes tersebut melampaui keraguan yang munasabah pasangan tersebut telah menyebabkan kematian Mey di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana pembunuhan tanpa niat.

Hukuman pasangan tersebut bermula dari tarikh penangkapan pada 1 April tahun lalu.

Beliau mengatakan bukti yang ditunjukkan kepada mahkamah menunjukkan Mey dipaksa dan dinafikan untuk makan dalam satu tempoh panjang.

“Secara keseluruhannya, si mati tidak menerima makanan yang mencukupi dan mengalami kecederaan dari masa ke masa yang memburukkan lagi ulser perut beliau yang membawa kepada peritonitis akut dan yang telah menyebabkan kematian beliau,” katanya.

Menurut laporan bedah siasat oleh perunding pakar patologi forensik, berat Mey hanya 26.1kg dengan ketinggian 148cm pada masa kematiannya.

“Terdapat parut di badannya, berumur 29 tahun dan kecederaan baru dibadannya termasuk luka dan pelbagai lebam dan terdapat kekurangan tisu lemak atau lapisan otot di dinding abdominals dan dadanya jadi pakar patologi berpendapat bahawa dia telah kekurangan makanan selama beberapa bulan, “katanya.

Berdasarkan keadaan fizikalnya, kedudukan BMI beliau adalah pada 11.9 di bawah BMI minimum 16.

Pasangan tersebut pada awalnya di dakwa di bawah Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh akan tetapi dakwaan kemudiannya ditukar kepadab membunuh tanpa niat.

Hakim Zamani mengatakan Mey digajikan sebagai pembantu rumah bagi pasangan tersebut dan sebagai majikan, menjadi tanggungjawab untuk menyediakan tempat tinggal, makanan, perubatan dan peralatan bilik mandi tanpa menolak gajinya.

“Terdapat tanggungjawab untuk menjaga kebajikannya dan kedua-duanya gagal melakukan itu dan kedua-duanya bertanggungjawab di atas kematiannya

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...