Pages

Friday, May 31, 2013

Simpati Umat Islam Solat Dalam Kesejukan, Paderi Scotland Benarkan Sembahyang Dalam Gereja

article-2295149-18C0CD1A000005DC-945_634x454-565x404SEBUAH gereja di Scotland muncul sebagai gereja pertama di UK yang memberi peluang kepada umat Islam untuk berkongsi bangunan tersebut bagi menunaikan solat

St John’s Episcopal Church di Aberdeen kini menerima beratus-ratus umat Islam menunaikan kewajipan lima kali sehari di gereja tersebut kerana masjid yang berdekatan, Masjid Jamek Syed Shah Mustafa terlalu kecil hinggakan jemaah terpaksa menunaikan solat di luar masjid.
Paderi gereja tersebut, Rev Isaac Poobalan, telah memberikan sebahagian daripada kawasan dewan gereja tersebut kepada Imam Besar, Ahmed Megharbi. Ahmed mengimamkan solat di bahagian utama gereja (main chapel).
Poobalan berkata bahawa perkara tersebut adalah kewajipan beliau.

” Menunaikan solat adalah sesuatu yang baik. Tugas saya adalah untuk menggalakkan orang ramai supaya sentiasa berdoa. Saya dapati bahawa masjid tersebut menjadi terlalu sesak pada waktu-waktu tertentu. Apabila saya bertanyakan perkara ini kepada gereja, orang ramai memberi respon bahawa itu bukan masalah kami.
” Namun, saya menganggap perkara ini sebagai masalah bagi saya.
” Saya tidak sanggup lagi melihat umat Islam terpaksa menunaikan solat di kawasan luar masjid… ini kerana cuaca di luar amat sejuk,” katanya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...