Pages

Thursday, May 30, 2013

Shajiry Damery Nikah 1 Jun

GUA_Shajiry_915105601-565x318Pemilik nama, Mohamad Shajiri Damery atau lebih dikenali dengan nama, Shajiry

bakal melangsungkan perkahwinannya pada Jun ini. Majlis akad nikah akan diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Jun, manakala majlis resepsi pula pada 8 Jun di Ipoh Perak.

Shajiry dikenali ketika bersama kumpulan KGB dan mempopularkan lagu “Hadirlah Kasih” dan “Orang Kita” bakal berkahwin dengan pilihan hatinya, Yusnita Yusof yang berasal dari Kuala Lumpur. Pasangan ini telah mengikat tali pentunangan pada 9 Mac lalu.

“Persiapan telah siap 100 peratus dan kami hanya menunggu hari bahagia tersebut. Kami buat persiapan sejak awal tahun lagi supaya tidak kelam kabut. Saya telah mengenali dia sejak tiga tahun lalu dan dia merupakan rakan kongsi perniagaan saya,” ujar Shajiry ketika ditemui mengedarkan kad kahwinnya pada Selasa.

Shajiry menjelaskan dia terpikat dengan tunangannya itu kerana wanita itu memiliki sifat lemah lembut dan penyayang. Dia memberitahu yang dengan adanya Yusnita di sisi, hidupnya pastilebih teratur kerana mempunyai seseorang untuk menjaga makan dan pakainya.

Selain itu, Shajiry bakal muncul dengan single terbaru berjudul ‘Hati Lelaki’ dan ‘Lupakan’ selepas berkahwin nanti. Dia menjelaskan akan bergiat lebih aktif dalam bidang seni walaupun sudah mendirikan rumah tangga kerana mendapat sokongan daripada bakal isterinya itu.

Mengakui kurang aktif dalam bidang lakonan, Shajiry menjelaskan dia terpaksa menolak tawaran berlakon kerana sibuk menguruskan perniagaannya. Ini kerana dia sukar untuk membahagikan masa penggambaran yang agak lama kerana perlu fokus kepada perniagaan

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...