Pages

Monday, May 27, 2013

Sah, Zahid Bakal Nikah 7 Jun Depan

Sah, Zahid Bakal Nikah 7 Jun Depan Bekas bintang Akademi Fantasia, Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 33, mengakui akan menamatkan zaman bujangnya pada

7 Jun 2013 ini dengan gadis pilihannya Sarah Julifa Yusof, 25Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 33, yang juga seorang penyampai radio Era FM dan penyanyi berkata, Sarah banyak mengubah kehidupan beliau dalam membantu mendisiplinkan kehidupannya supaya lebih teratur dan menganggap ia sebagai satu kualiti terbaik dalam diri wanita itu.
"Saya seorang yang ringkas dan tidak terlalu memandang serius pada sesetengah perkara dan kehadiran Sarah telah banyak mengubah diri saya supaya lebih berdisiplin terutama dalam soal masa dan pengurusan wang," jelasnya kepada wartawan mStar Online.
Tambah Zahid, Sarah juga seorang wanita yang ringkas selain memahaminya sebagai seorang selebriti.
Pasangan itu bakal dinikahkan pada 7 Jun depan di Teluk Intan, Perak sebelum mengadakan majlis resepsi pada keesokan harinya manakala 15 Jun akan diadakan majlis sambut menantu di sebelah keluarga Zahid.
Zahid turut memberitahu, dia mengambil keputusan untuk berkahwin selepas setahun mengenali Sarah kerana tidak mahu bercinta terlalu lama.
Tambah Zahid lagi, pada usianya sekarang dia telah bersedia untuk berumah tangga dan tidak mahu hubungan yang dibina tidak mempunyai arah tujuan.
"Bercinta terlalu lama dan tidak mempunyai arah tujuan pun susah juga jadi lebih baik kahwin apabila telah berjumpa dengan pasangan yang sesuai," katanya.
Bercerita mengenai perkenalan dengan bakal isteri, Zahid berkata mereka berkenalan menerusi laman sosial Twitter sebelum serius bercinta pada tahun lalu.
Jelas Zahid, Sarah juga adalah seorang kaki tangan Astro namun mereka tidak pernah bertembung dengannya sebelum bercinta.
"Kami sepejabat namun tidak pernah bertemu sebelum ini tetapi inilah yang dinamakan jodoh," katanya.
Sementara itu, Zahid berkata, dia kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya dan berharap majlis itu nanti akan berjalan dengan baik tanpa sebarang masalah.
"Seperti mana orang lain, saya juga mengharapkan perkahwinan ini akan berkekalan sehingga akhir hayat dan dikurniakan dengan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga kami nanti,

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...