Pages

Tuesday, May 21, 2013

PEMBUNUHAN DATUK SHAHARUDDIN ADA KAITAN DENGAN SINDIKET PENYELUDUPAN KERETA

551532_575605192459788_1210893386_nKuala Lumpur –  Kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri, Datuk Shaharuddin Ibrahim, bulan lalu, dipercayai mempunyai kaitan dengan

sindiket jenayah penyeludupan kereta di negara ini.

Sumber berkata, sindiket berkenaan dipercayai membawa keluar kereta mewah import dari Langkawi ke tanah besar tanpa membayar duti eksais dan cukai jualan yang ditetapkan untuk tempoh melebihi 90 hari.

Bagaimanapun, pihak Kastam dapat mengesan kegiatan sindiket itu dipercayai beroperasi sejak tahun lalu.

Sindiket dipercayai didalangi rakyat tempatan itu dikatakan menjual kereta import murah tanpa mengenakan cukai ditetapkan untuk pasaran tempatan.

Mangsa dikatakan menerima maklumat kegiatan berkenaan dan mengarahkan bahagian kendaliannya mengekang aktiviti terbabit menerusi tindakan sewajarnya, katanya pada BH, semalam.

Pada 27 April lalu, Allahyarham mati ditembak dua lelaki bermotosikal ketika dalam perjalanan ke pejabat ketika kenderaan dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada jam 8.15 pagi.

Tubuh pasukan khas
Berikutan itu, polis menubuhkan pasukan khas di setiap kontinjen negeri diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Khas Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, dan melancarkan gerakan besar-besaran memburu penjenayah.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata kes disiasat daripada pelbagai aspek.

Seorang lelaki berusia 56 tahun ditahan di Petaling Jaya bagi membantu siasatan baru-baru ini, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini (semalam) dan belum ada tangkapan terbaru dilakukan

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...