Pages

Thursday, May 30, 2013

Linda: Beego Bukan Lelaki Jahat

lida-beego-pre-wedding1-565x378Walaupun sedang sibuk menghitung hari untuk mendirikan rumahtangga dengan jejaka tercinta, namun

Linda Hashim, 28, masih berasa sedikit kesal dan terkilan dengan tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan Beego seorang lelaki yang jahat.

Beego atau nama sebenarnya, Md Aszerul Nizam Abdullah, 32, sebelum ini pernah ditangkap khalwat dan kesnya masih dalam perbicaraan.

Mengulas mengenai perkara itu, Linda berkata, “bila orang ramai membaca ceritanya ditangkap khalwat, orang fikir dia jahat. Tanpa mengetahui cerita sebenar, orang sudah menghukum dirinya. Saya, peguam, keluarga dan kawan-kawannya tahu cerita sebenarnya, malah saya tidak pernah terfikir dia lelaki jahat.

“Saya mendoakan agar dia menang dalam kes ini dan orang ramai akan tahu kebenarannya. Memang nasibnya memang begitu. Kita tidak pernah merancang perkara ini terjadi, namun saya tetap terima segala ujian yang menimpa.

“Beego lelaki yang jujur dan ikhlas, bahkan dia bijak mengambil hati saya dan keluarga,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Pasangan sama cantik sama padan itu bakal disatukan pada 8 Jun depan dan berkemungkinan bakal mengerjakan umrah bersama-sama selepas Aidilfitri nanti.

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik sahaja buat pasangan ini dan semoga ikatan yang bakal dibina kekal sampai bila-bila. InsyaAllah.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...