Pages

Thursday, May 9, 2013

Kolonel Black Panther Sulu ditahan

Susulan kes pencerobohan Askar Diraja Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah 2Cubaan kumpulan pengganas Sulu menceroboh kawasan pantai timur Sabah belum berakhir ekoran

penahanan dua buah bot dinaiki sekumpulan 25 lelaki yang membawa bersama pelbagai senjata oleh pihak berkuasa Filipina di perairan Simunul berdekatan negara jiran itu pada Ahad lalu.

Ketika ditahan pada pukul 3 pagi itu, dua buah bot yang menggunakan enjin sangkut tersebut masing-masing membawa seramai 12 dan 13 penumpang.

Pulau Simunul yang terletak kira-kira 144 kilometer dari Semporna, Sabah merupakan salah satu lokasi yang menjadi kawasan persembunyian dan pencerobohan puak pengganas Sulu yang sebelum itu menawan Kampung Tanduo di Lahad Datu.

Sumber berkata, pemeriksaan pihak berkuasa negara Filipina ke atas kedua-dua buah bot tersebut menemui pelbagai jenis senjata api termasuk 15 laras raifel, lima laras senapang M-14 serta sepucuk pistol jenis Colt.

Turut dirampas 75 butir bom tangan.

Sumber itu berkata, kumpulan 25 lelaki yang dipercayai dalam rancangan menceroboh Sabah diketuai oleh Haji Asak Alimuddin seorang lelaki berpangkat kolonel dalam pasukan Black Panther Briged. Dikatakan Black Panther Briged merupakan salah sebuah pasukan elit dalam pasukan tentera Sulu.

Kolonel yang berusia 50-an itu turut dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Pemimpin Puak pengganas Sulu, Jamilul Kiram III.

“Haji Asak bersama anak-anak buahnya masih disiasat bagi mengetahui rancangan kumpulan itu yang dikhuatiri mahu menceroboh Sabah,” kata sumber itu dengan memberitahu kumpulan itu masih ditahan di kepulauan Jolo dekat Sulu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...