Pages

Thursday, May 2, 2013

Kes pelajar cuba bunuh diri dengan tembak kepala yang kini kritikal

________143Seorang pelajar di sekolah tinggi lelaki Katolik cuba membunuh diri dengan menembak kepalanya ketika
menghadiri kelas pertama, semalam. Insiden itu menyebabkannya mengalami cedera parah dan rakan sekelas yang lain bergegas mencari perlindungan. Sekolah Tinggi La Salle di barat Cincinnati itu turut ditutup sehinggalah polis tiba dan mengesahkan tidak ada ancaman kepada pelajar dan kakitangan lain.
Media tempatan melaporkan, budak lelaki itu menembak dirinya sendiri di kepala. Jurucakap Pusat Perubatan Universiti Cincinnati berkata, pelajar itu berada dalam keadaan kritikal sehingga petang semalam, enam jam selepas insiden tembakan itu. Menurut Ketua Polis Green Township, Bart West, budak itu menggunakan pistol semi-automatik. Polis sedang menyiasat bagaimana pelajar tersebut mendapat senjata itu dan bagaimana dia boleh membawanya ke sekolah.
"Ketika kejadian, terdapat 22 pelajar di dalam kelas itu dan insiden berlaku hanya beberapa saat dan tiada pelajar lain yang cedera," katanya. West berkata, pelajar itu cuba membunuh diri, tetapi puncanya masih belum diketahui. Pihak sekolah menyifatkan pelajar tersebut sebagai pelajar cemerlang dan tidak memberi ancaman kepada sekolah dan pelajar lain.

Sumber

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...