Pages

Thursday, May 30, 2013

Insiden bot ekspres Bakun Mas karam di Sungai Rajang Sarawak dekat Belaga 28 Mei 2013

bot-ekspres-bakun-mas-karamSetakat ini media melaporkan, seramai 23 orang hilang manakala 181 lagi selamat apabila bot ekspres yang mereka naiki karam di Sungai Rajang

berhampiran Belaga di pedalaman Sarawak pada Selasa

Dalam laporan yang disiarkan, Ketua Polis Daerah Belaga Deputi Superintendan Bakar Sebau berkata, kesemua 181 mangsa yang selamat itu kini ditempatkan di dua rumah panjang tidak jauh daripada kawasan kejadian, iaitu kira-kira 40 minit perjalanan dengan bot ekspres dari pekan Belaga

Kami masih meneruskan usaha mencari dan menyelamat mereka yang hilang,katanya

Punca Insiden

Beliau berkata, kejadian dilapor antara jam 8.30 dan 9 pagi apabila bot ekspres ‘Bakun Mas’ itu mengalami masalah enjin selepas melangar serpihan kayu di sungai itu

Ketika kejadian bot dengan kapasiti 67 penumpang itu sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu

mangsa bot karam insiden bot ekspres bakun mas karam di sungai rajang

Sebahagian mangsa yang terselamat

Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kapit Betek Lahang ketika dihubungi berkata polis dan jabatan serta agensi kerajaan berkaitan sedang mengumpul maklumat mengenai jumlah sebenar mangsa terbabit

Beliau berkata, ketika kejadian bot ekpress yang penuh dengan penumpang itu dalam perjalanan ke Kapit dan Sibu selepas kira-kira 40 minit berlepas dari bandar Belaga

mangsa bot karam 2 insiden bot ekspres bakun mas karam di sungai rajang

Polis dan pasukan perubatan kini berada di tempat kejadian, manakala usaha mencari dan menyelamat masih terus dijalankan

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...