Pages

Friday, May 31, 2013

GAMBAR FAZURA DAN SHAHEIZY SAM DI TURKI

manis6Kebelakangan ini kelibat pelakon jelita, Nur Fazura Shariffudin semakin laku di kaca tv tempatan.

Pengusaha butik House of Doll (HOD) yang terletak di Bangsar ini semakin aktif membuat kemunculan semula apabila drama bersiri lakonannya bersama Shaheizy Sam, Kisah Cinta berjaya menarik jumlah penonton yang ramai.

Terbaru, Fazura dan Sam telah berlepas ke Cappadocia dan Konya, Turki untuk menjalani proses penggambaran filem Manisnya Cinta arahan Bernard Chauly di sana.

Fazura juga rajin berkongsi gambarnya di sana melalui akaun Instagram dengan menunjukkan budaya dan kecantikan bandar yang terdapat di Turki itu.

Sekali tengok gandingan Fazura dan Sam nampak hidup dan mungkinkah persahabatan mereka akan beralih kepada percintaan pula sementelah masing-masing pun masih solo.

Apa-apa pun kita serahkan sahaja perkara itu kepada takdir Tuhan. Kalau memang betul jodoh hero dan heroin serasi ini ada di antara satu sama lain kan.

Apa-apa pun jom layan dulu gambar-gambar menarik yang dikongsikan Fazura ini ya!

manis2

manis4

manis

manis3

manis6

manis9

manis7

manis10

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...