Pages

Tuesday, May 21, 2013

Farawahida Masih Cari Tarikh Yang Sesuai, Bakal Kahwin Tahun Ini

downloadNampaknya Farawahida lebih senang berkongsi bersama peminat percintaannya bersama seorang jejaka yang ingin dikenali sebagai A yang dikenali sejak 10 tahun lalu di laman Facebook

Menurutnya yang ditemubual wartawan Berita Harian, dia bakal mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini namun masih belum dapat tempat yang sesuai kerana memerlukan masa enam bulan lebih awal untuk membuat tempahan di dewan Taiping.

“Hasrat Fara memang nak berkahwin hujung tahun ini sama ada Oktober, November mahupun Disember. Jadi selepas dapat dewan barulah dapat dedahkan tarikh kahwin sekaligus memulakan proses edar kad kahwin.”

Mula berkenalan dengan jejaka yang kini bertugas di sebuah pusat kesihatan di Kuala Lumpur merupakan kenalan sekolahnya yang telah dikenali selama 10 tahun namun sejak lima ke enam tahun ini hubungan mereka lebih rapat dan masing-masing sedang berusaha keras untuk diijabkabulkan.

Ujar wanita yang kini berusia 28 tahun, dia mungkin tidak akan melakukan majlis di Kuala Lumpur memandangkan keluarganya ramai di Taiping termasuk keluarga bakal suaminya yang majoritinya berada di Taiping walaupun dia berasal dari Pulau Pinang.

“Almaklumlah kampung Fara di situ, bila fikir balik lebih sesuai buat di sana kerana senang untuk sanak sudara datang, kalau nak fikir buat di Kuala Lumpur pun kena tengok jadual kami berdua dan jika mengizinkan kami akan buat satu majlis sahaja dan tiada majlis bertandang,” ujar Farawahida.

Tidak mahu pening memikirkan soal tema perkahwinan, Fara memberitahu buat masa ini perkara utama yang menjadi kegelisahannya adalah mencari dewan yang sesuai.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...