Pages

Friday, May 24, 2013

Erni: ‘ Akhirnya Kematian Ibu Terbela’

Erni Dekritawati

SHAH ALAM – “Saya amat bersyukur kerana selepas tiga tahun menunggu akhirnya kami mendapat jawapannya,” demikian luahan anak jutawan kosmetik, …

Datuk Sosilawati Lawiya, iaitu Erni Dekritawati Yuliana Buhari selepas mahkamah membuat keputusan berhubung kes pembunuhan ibunya itu.

Menurut Erni , kematian ibunya itu akhirnya mendapat pembelaan.

“Saya hanya menunggu dalam kereta kerana tiada kekuatan untuk mendengar keputusan mahkamah ini. Hanya selepas keputusan diumumkan barulah saya berani keluar dan berada di mahkamah ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Erni berkata demikian bagi mengulas keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang mensabitkan bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya atas kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain tiga tahun lepas.

Kesemua mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Sosilawati dan pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, serta pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, lain ditemui dibunuh dan dibakar di dalam sebuah ladang kelapa sawit, pada 2010.

Sementara itu, isteri Noorhisham, Suzanah Raden Pangat gembira kerana kematian suaminya telah terbela.

“Saya menghormati keputusan mahkamah ini dan saya amat bersyukur,”

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...