Pages

Tuesday, May 21, 2013

Alyah dan Datuk Ramli MS bercinta, Alyah tutup akaun Twitter

Alyah dan Ramli MSSelepas digosipkan bercinta dengan pengarah muzik terkenal tempatan, Datuk Ramli MS akibat kesilapan Alyah yang terlepas cakap di sidang media baru-baru ini,

para peminat mula membuat kesimpulan dan spekulasi sendiri setiap kali kisah mereka berdua timbul di media

Terbaru, peminat telah membawa spekulasi mereka di akaun Instagram Alyah. Ini berikutan tindakan Alyah yang memuatnaik sekeping gambar dirinya berada di hadapan rumah. Daripada gambar tersebut, para peminat mula meninggalkan komen mengatakan yang Alyah bakal berpindah ke rumah Ramli MS selepas berkahwin tidak lama lagi.

“Saya sedar timbul spekulasi berdasarkan komen yang diberi berhubung gambar itu. Lokasi dalam gambar itu bukan rumah Ramli. Ia tidak ada kena mengena dengan isu saya berpindah rumah kerana mahu mendirikan rumah tangga.”
Dalam laporan yang sama, Alyah berkata yang beliau telah menutup akaun Twitternya dan kini hanya fokus kepada Instagram dan Facebook kerana menganggap memiliki Twitter sangat mengganggu kehidupannya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...