Pages

Monday, April 29, 2013

Walaupun Tidak Bersekolah ChaCha Tetap Ambil SPM

Walaupun Tidak Bersekolah ChaCha Tetap Ambil SPMWalaupun tidak menamatkan persekolahan, Cha-Cha mengakui telah mendaftar sebagai

calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun iniSebelum ini, kakaknya Emma Maembong mengakui tidak pernah menamatkan persekolahan dan hanya belajar sehingga tingkatan dua kerana mahu menjaga adik lelaki yang tidak boleh berjalan dan hanya meminati bidang lukisan untuk meneruskan legasi ayahnya yang juga seorang pelukis.
Bagaimanapun, Emma Maembong menegaskan agar peminat tidak menjadikannya sebagai contoh kerana beliau juga menganggap pelajaran itu sangat penting dalam kehidupan.
Untuk informasi, sebenarnya ChaCha terlebih dahulu berkecimpung dalam lakonan sejak empat tahun lalu, berbanding kakaknya yang hanya mula berlakon sejak tahun lepas. Bagaimanapun, kakanya dilihat lebih meraih populariti berbanding dirinya.
Bagi ChaCha, semua itu bukan masaalah pada beliau kerana baginya tidak perlu rasa cemburu apabila melihat Emma lebih menyerlah dan popular. Katanya,
"Sebagai adik-beradik sudah tentu kami saling menyokong kerjaya masing-masing dan tidak kisah siapa antara kami yang lebih popular."
"Pembabitan kami berdua dalam dunia lakonan ini bukanlah semata-mata mahu mengejar populariti, sebaliknya ia lebih kepada minat yang mendalam. Jadi, sepatutnya kami tidak boleh menanamkan perasaan cemburu dalam diri."
ChaCha juga mengakui sedang menumpukan kepada pelajaran dan berharap akan berjaya didalam peperiksaan SPMnya nanti.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...