Pages

Monday, April 29, 2013

Suami Di Bunuh Isteri Ketika Tengah Tidur..

images (42)SUBANG JAYA –

Seorang pemandu lori maut selepas ditikam ketika sedang nyenyak tidur di dalam bilik rumahnya

dalam kes pembunuhan yang disyaki dirancang oleh isterinya sendiri di Subang Perdana Court 2, USJ 6/1 di sini semalam.
Rancangan jahat wanita berusia 30-an itu terbongkar apabila polis menyoal siasatan dua lelaki yang diberkas terlebih dahulu sebaik menerima laporan mengenai kejadian bunuh yang berlaku pada pukul 4.45 pagi itu.
Dalam kejadian itu, S. Gunasegaran, 40, mati selepas ditikam di rusuk kiri selain cedera di leher, lengan dan bahu.
Difahamkan, si isteri disyaki sanggup bersekongkol untuk membunuh suaminya selepas tidak tahan kerana mendakwa sering dipukul lelaki itu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, siasatan awal mendapati salah seorang lelaki yang diberkas itu merupakan kekasih gelap wanita tersebut.
Katanya, sebelum kejadian, mangsa baru sahaja pulang selepas keluar minum bersama rakan-rakannya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...