Pages

Friday, April 26, 2013

SEDIH: SEOARANG BAPA BAWA MAYAT ANAKNYA DENGAN BAS KERANA TAK MAMPU BAYAR VAN MAYAT

________article-2141931-1301477A000005DC-282_634x000Seorang bapa di China telah ditahan atas tuduhan cuba menyeludup mayat anak perempuannya

berusia dua tahun dalam sebuah beg menaiki bas selepas kanak-kanak itu mati. Yang Cheng, 35, dan  isterinya Lin Sun membawa mayat anak mereka dari rumah mayat di Hospital Hefei, di wilayah Anhui selepas memasukkannya ke dalam sebuah beg yang besar. Mereka kemudian pergi ke stesen bas tempatan di mana mereka cuba untuk menaiki bas dan kembali ke rumah mereka di Ququi.

Walaubagaimana pun, rancangan itu telah gagal apabila pengimbas keselamatan mengesan mayat kanak-kanak itu di dalam beg. Polis telah dipanggil dan Encik Yang telah disoal siasat. Dia memberitahu, mereka terpaksa melakukannya selepas menyedari bahawa mereka tidak mampu membayar van mayat. Lelaki itu akhirnya dibebaskan tanpa hukuman dan sebuah teksi swasta dibayar untuk dua jam perjalanan kembali ke rumah. Jurucakap polis berkata: "Ia adalah dilarang untuk membawa mayat dalam pengangkutan awam.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...