Pages

Tuesday, April 30, 2013

Nora Danish Duta Jenama Fruitale

364cImage_1Makin bertambah-tambah rezeki pelakon comel, Nora Danish apabila

dirinya kini dilantik menjadi duta kepada produk mandian popular, Fruitale.

Menurut Pengurus Besar Produk Penjagaan Rumah & Peribadi, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Encik Francis Ng berkata, pemilihan Nora dibuat berdasarkan imej positifnya sebagai seorang wanita muda yang berbakat, boleh berdikari dan bersemangat kuat.

Selain itu faktor lain yang menjadikan Nora sebagai duta itu ialah kerana dia mempunyai ramai pengikut di laman sosial sekali gus boleh mempromosikan jenama yang diwakilinya itu kelak.

Nora yang cukup teruja dengan pemilihan itu juga menyatakan Fruitale merupakan produk mandian yang sememangnya menjadi kegemarannya sejak pertama kali menggunakannya.

“Saya mempunyai kulit yang sangat kusam dan kebanyakan sabun dan krim mandian memburukkan lagi masalah tersebut. Saya memilih Fruitale Whitens kerana saya sukakan aroma semulajadi gabungan avokado, durian belanda dan buah naga dan saya inginkan kulit yang lebih berseri. Selepas menggunakannya buat kali pertama, saya terkejut bagaimana ia meningkatkan seri kulit saya,” katanya.

Bulan lalu, Nora telah dilantik menjadi muka baru kepada jenama pakaian terkemuka yang berasal dari Jepun, Uniqlo menggantikan duta terdahulunya iaitu Fahrin Ahmad dan Carmen Soo.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...