Pages

Friday, April 5, 2013

Kuil Mae Nak, Legenda Cinta Horor di Thailand

389_m

Di Thailand, cinta membuktikan bahawa kematian bukanlah akhir dari segalanya.

Kematian malah jadi awal dari cerita di Kuil Mae Nak, Bangkok.
Serupa dengan kisah percintaan lainnya, legenda cinta di Thailand juga seringkali berakhir tragis. Legenda Jambatan Cinta Sarasin misalnya, menceritakan sepasang kekasih yang terjun ke jambatan di Phuket untuk bersama merajut bahagia di kehidupan selanjutnya. Legenda Mae Nak mungkin tak berbeza jauh, hanya saja kematian adalah awal dari kisahnya.
Seratus tahun yang lalu, seorang wanita cantik bernama Nak tinggal di bantaran Sungai Pranakong, Kota Bangkok. Ia lalu menikahi seorang lelaki bernama Maak. Saat Nak hamil anak pertama, Maak yang saat itu mengikuti wajib berperang demi membela negara. Maak belum juga pulang ketika Nak melahirkan.
Tragiknya, Nak meninggal dalam upaya melahirkan. Begitu pula anak pertamanya yang meninggal beberapa saat kemudian. Namun karena cintanya yang sangat besar pada Maak, arwah Nak menolak untuk meninggalkan rumah itu hingga suaminya kembali pulang.
Maak pun kembali pulang tanpa mengetahui khabar kematian istrinya. Pasangan suami isteri ini lalu tinggal bersama seakan semuanya normal!
Hingga suatu hari, terungkaplah fakta bahawa Mae Nak sudah meninggal. Mae bererti 'ibu' dalam bahasa Thai. Setelah sedar bahawa selama ini ia hidup dengan arwah istrinya, Maak lalu pergi ke sebuah kuil untuk memanggil dukun setempat. Mae Nak lalu murka, dan mulai menakutkan orang-orang di desa tempat. Seluruh desa ketakutan!
Dukun yang didatangi oleh Maak akhirnya berhasil mengalahkan arwah Mae Nak. Dukun itu memotong tulang dahi Mae Nak dan menyimpan arwahnya di dalam sebuah botol. Sejak saat itu, dibangunlah sebuah kuil khusus untuk mengenang Mae Nak. Kuil ini terletak di Wat Maha But. Bahkan hingga sekarang, legenda dan tradisi yang menyertainya masih ada.
Warga tempatan menyebutnya Wat Mae Nak Prakanong (Kuil Ibu Nak di Prakanong), walaupun sebenarnya bangunan ini lebih tampak seperti rumah dari pada kuil. Para pengunjung masih mendatangi Kuil Mae Nak untuk meminta berkah. Mereka biasa membawa karangan bunga, kosmetik, mainan, popok, dan botol susu sebagai seserahan bagi arwah Mae Nak dan anaknya.
Hal lain yang menarik sekaligus menakutkan adalah televisi yang selalu menyala, sebagai salah satu bentuk hiburan bagi Mae Nak. Kuil ini selalu dipenuhi pengunjung ketika festival loteri diadakan, kerana Mae Nak dipercayai sebagai pemberi berkah termasuk dalam permainan loteri.
Kasarnya, salah satu penyebab kematian Mae Nak adalah agenda wajib tentera yang diberlakukan pada suaminya. Oleh kerana itu, kuil ini juga terkenal di kalangan para lelaki . Mae Nak dipercayai sebagai Dewa Pelindung bagi para lelaki yang ingin keluar dari wajib militer.
Tapi, khusus ibu hamil, konon kuil ini harus dijauhi. Kira-kira Anda tahu alasannya, kan?
Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...