Pages

Monday, April 22, 2013

Juruterbang Muda Malaysia disambut Meriah di New York

300250_10150369077750446_1855691976_nSeorang juruterbang muda dari Malaysia diberi sambutan meriah di New York selepas

beliau mendarat dengan pesawat Cessna 210 Eagle yang diberi nama 'The Spirit of Malaysia' di Teteboro, New Jersey.
Majlis dihoskan pejabat Tourism Malaysia New York berlangsung di pejabat wakil tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Kapten James Anthony Tan berumur 21 tahun berlepas dari Langkawi pada 26 Mac 2013 bagi misi terbang mengelilingi dunia secara solo dengan menggunakan pesawat kecil.
Semasa mendarat di Teteboro, Tan telah melakukan penerbangan sejauh 20,000km atau ke separuh dunia dengan melintasi Subang, Thailand, Vietnam, Taiwan, Jepun, Rusia dan Kanada.
Beliau dijangka kembali ke Malaysia pada atau sebelum 15 Mei.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...