Pages

Monday, April 22, 2013

Ikhwan Hot FM Selamat Bertunang

2013-04-22_132435

Mungkin ramai tidak tahu, penyampai radio Hot FM, Ikhwan sudahpun bertunang,

Difahamkan, Ikhwan yang juga pengacara program Galaksi di TV9 sudah pun bertunang dengan gadis pilihannya, Natasya Nadya pada 6 April lalu.
Portal murai.com.my diberitahu, majlis pertunangan tersebut telah diadakan secara kecil-kecilan di rumah Natasya yang terletak di Klang tanpa mengundang pihak media.
Dalam erti kata lain, majlis tersebut hanya didatangi saudara terdekat dari kedua belah pihak saja.
Portal murai.com.my juga dapat tahu bahawa tunang Ikhwan mempunyai pertalian darah dengan seorang penyanyi baru.
Dia juga dikhabarkan seorang pekerja di sebuah butik Nawkhi Closet.
Tahniah diucapkan kepada Ikhwan dan semoga pertunangannya akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...