Pages

Monday, April 22, 2013

Berita Amanda Imani harumkan nama negara

imagesAMANDA Imani, 21, bukan artis baru namun kerjaya seninya perlahan.

Hakikatnya, pe­nyanyi ini yang menceburi seni suara seawal usia lima tahun dengan meminati lagu rakyat, Jong Jong Inai beberapa kali mengharumkan nama Malaysia di luar negara.

Amanda memenangi pingat gangsa kategori Lagu Pop Terbaik di Voice Independent Music Awards 2010 (VIMA) menerusi lagu Selamilah Hati.

amanda_Amani-300x206

Namanya turut dicalonkan dalam kategori Penyanyi Pop Terbaik dan Penyanyi Wanita Terbaik dalam pertandingan sama.

Pada 2011, Amanda menang Anugerah Vokal Terbaik Artis Baru Wanita di Anugerah Planet Muzik di Singapura. Dia juga mendapat tempat kedua Lagu Asal Terbaik di pertandingan International Music Festival Discovery 2011 di Varna, Bulgaria dan Bakat Muda Terbaik oleh World Association Of Festivals and Artists (WAFA).

Januari lalu, Amanda melancarkan dua single, Fobia Cinta dan Like A Boss serta menyiapkan lebih 70 lagu sejak tahun lalu.

Amanda juga mewakili negara ke Konsert Supernova pada Festival Muzik Midem 2013 di Cannes bersama Jaclyn Victor, Hujan, Bunkface, Goldfish&Blink, Nadhira, ZE! dan Sasi the Don.

Bukan hanya bersandar pada vokal, Amanda juga pandai bermain gitar dan piano. Semua lagu dalam albumnya dihasilkan syarikatnya. Ramai melamarnya menjadi artis naungan mereka, namun dia lebih selesa bergelar artis indie.

Pada November 2009, Amanda melancarkan album pertama, Amanda Imani yang memuatkan tujuh lagu, termasuk Kita Sama Sahaja kerjasama dengan Ajai, Terima Kasih, Selamilah Cinta dan Mungkinkah.

Tahun sama, Amanda menghasilkan album mini bahasa Inggeris pertamanya, Yeah memuatkan lima lagu. Antara­nya I Won’t Be Missing You, Sunshine dan Why dan satu single pada 2012, Cemburu kerjasama de­ngan Malique.

Sumber:Cari Online

Video : Fobia Cinta

ZoOM : Tahniah Amanda, walaupun di Malaysia anda nampak pudar tetapi diluar sana ada pihak yang menghargai sumbangan anda dalam bidang industri hiburan di Malaysia khasnya. Teruskan perjuangan anda.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...