Pages

Thursday, April 25, 2013

ARTIS INI TAK CUKUP TIDUR DEMI SUAMI.

016032349Biarpun tidur tak cukup, saya rasa teruja untuk membantu suami

berkempen di Kinabatangan dalam pilihanraya 2013 ini dan berharap beliau akan memenangi kerusi. Itulah yang diperkatakan oleh pelakon Zizie Ezette bersama suaminya yang tercinta, Datuk Bong Mokhtar Radin

Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 35, mengakui ini bukan kali pertama beliau mengikut kempen pilihan raya kerana sebelum ini turut membantu aktiviti kempen BN di beberapa tempat di ibu negara ketika masih aktif berlakon.

Bagaimanapun, katanya, pengalaman membantu suami berkempen menjadikannya lebih bersemangat walaupun terpaksa bersengkang mata demi untuk menemani Bung Moktar membuat persediaan berdepan PRU-13.
Jika sebelum ini saya tidur paling kurang enam jam, tapi sekarang tidur cuma empat atau lima jam. Bagi saya itu tak penting kerana keutamaan adalah melihat suami berjaya.
Sebagai isteri, tentu saya mahu melihat apa yang diperjuangkan suami sebagai ahli politik dapat dicapai dengan cemerlang, katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Bersama Calon BN di Kampung Buang Sayang, Bukit Garam

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...