Pages

Thursday, April 25, 2013

2 didakwa sebar gambar separuh pakaian Catherine William

Catherine-William_784x0PARIS 25 April -

Sebuah mahkamah  mendakwa dua individu atas kesalahan menyiarkan gambar separuh bogel isteri Putera William, Catherine yang mencetuskan kontroversi.

Menurut sumber mahkamah, kedua-dua individu terbabit merupakan Pengarah Mondadori Group yang bertanggungjawab menyiarkan gambar berkenaan dalam majalah Closer dan seorang jurugambar akhbar La Provence.

Hakim mahkamah mendakwa jurugambar berkenaan atas tuduhan mengganggu ketenteraman orang lain kerana mengambil gambar Catherine berpakaian renang ketika sedang bercuti bersama William di selatan Perancis.

Bagaimanapun identiti kedua-dua tertuduh tidak didedahkan.

Gambar kontroversi Catherine itu disiarkan dalam akhbar La Provence namun, kebanyakan gambar separuh bogel Duchess of Cambridge tersebut disiarkan dalam majalah Closer pada keluaran September lalu

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...