Pages

Monday, September 10, 2012

Sekolah pondok terbakar lagi

ne_07.1

KUALA TERENGGANU – Sebuah sekolah pondok, Maahad Tahfiz As-Syifa’ di Kampung Kolam, Kuala Ibai yang menempatkan 50 pelajar sekali lagi terbakar selepas insiden sama berlaku awal tahun lalu….

Kejadian kira-kira pukul 1.30 petang semalam berlaku ketika semua pelajar sekolah itu sedang menunaikan solat Zuhur di masjid berhampiran sebelum salah satu bilik tidur besar yang merupakan asrama di tingkat tiga bangunan itu terbakar.

Pengetua sekolah berkenaan, Ahmad Syaifudin Ibrahim, 34, memberitahu, kebakaran dipercayai berpunca apabila pelajar terlupa menutup seterika sebelum turun untuk solat berjemaah.

“Bagaimanapun kami bernasib baik kerana kebakaran cepat disedari dan orang kampung membantu memadamkan kebakaran sebelum bomba tiba,

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...