Pages

Tuesday, September 11, 2012

Rahsia pondok dalam belukar

MANJUNG - Aktiviti mencurigakan dua lelaki di sebuah pondok dalam belukar di Pulau Pangkor akhirnya terbongkar apabila diserbu Polis daerah Manjung, Ahad lalu.Dua lelaki yang sedang asyik membungkus dadah terkedu, bila sarang persembunyian mereka berjaya dihidu polis dan polis Marin dalam operasi bersepadu yang diadakan pada jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.....

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, dua lelaki masing-masing berusia antara 50-an dan 30-an itu dipercayai membungkus dadah untuk tujuan jualan.

Menurutnya, mereka juga didapati mempunyai rekod tangkapan sebagai penagih sebelum ini.

"Dalam serbuan itu kami menjumpai dua paket plastik lut sinar dan 15 keratan tiub straw disyaki dadah heroin serta lima tiub straw disyaki dadah jenis syabu.

“Berat dadah jenis heroin berjumlah 25.5 gram dengan nilai RM1,200 manakala syabu seberat 0.3gram dan barang terlarang itu dipercayai untuk pasaran tempatan,” katanya dalam satu sidang media, di sini, semalam.

Kata beliau, dua individu berkenaan akan didakwa di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan mengedar.

Sementara itu, jelasnya, dalam operasi yang sama, polis turut menahan 22 individu lain yang dipercayai terlibat dalam kes dadah di kawasan berkenaan.

"17 daripada mereka ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya kerana menagih dadah, dua ditahan di bawah Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki memiliki dadah, manakala tiga lagi didapati negatif dadah.

“Operasi yang kita jalankan ini berdasarkan maklumat dan trend penggunaan dadah di peringkat daerah ini serta mahu memastikan Pulau Pangkor selamat untuk dikunjungi,
Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...