Pages

Monday, September 10, 2012

Mayat terbaring dalam kereta

ne_05.1

BANGI – Rasa ingin tahu seorang lelaki mengenai kehadiran sebuah kereta mewah jenis BMW yang tidak bergerak-gerak di kawasan pembuangan sampah di Jalan Mahkota 1, Batu 5 1/2 di sini membawa penemuan mayat seorang lelaki yang dipercayai menjadi mangsa bunuh semalam…..

Mayat Won Sin Keong, 42, dari Batu 9 Cheras ditemui dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dengan memakai seluar jean dan baju T berwarna hitam. Mangsa telah berkahwin.

Mengimbau semula kejadian itu, lelaki yang enggan dikenali itu memberitahu, dia menyedari kewujudan kereta tersebut ketika dia dan ahli keluarganya keluar rumah untuk bersarapan di kedai berhampiran pada pukul 7 pagi.

Katanya, ketika dalam perjalanan pulang selepas selesai bersarapan kira-kira 45 minit kemudian, dia terus berhenti selepas melihat kereta yang masih berada di situ untuk mengetahui apa yang terjadi.

Smber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...