Pages

Thursday, September 6, 2012

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan meninggal dunia

ne_16.1

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Mahadzir Mohd. Khir (gambar) meninggal dunia pada pukul 4.30 petang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)Menurut anak sulungnya, Muhamad Anas, 35, bapanya dimasukkan ke PPUM setelah diserang strok pada pukul 6 petang kelmarin ketika berehat bersama keluarga di rumahnya di Petaling Jaya….

Allahyarham kemudian dihantar ke PPUM dalam keadaan tidak sedarkan diri dan doktor mendapati berlaku pendarahan pada otaknya.

"Allahyarham yang tidak menghidap apa-apa penyakit sebelum ini koma dan kemudian disahkan meninggal dunia pada usia 67 tahun," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada pukul 10 pagi ini.

Selain Muhamad Anas, Allahyarham yang dilahirkan pada 16 Mei 1945 di Yan, Kedah meninggalkan seorang isteri, Datin Dr. Amla Mohd. Salleh, serta dua lagi anak, Mohd. Syakir, 31, dan Mohamad Salleh, 27.

Bekas pensyarah di Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan kolumnis di beberapa majalah tempatan itu pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani selama dua penggal iaitu pada 1999 dan 2004.

Allahyarham juga dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan pada 1999 sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan pada Mac 2004.

Sumber : Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...