Pages

Tuesday, July 3, 2012

Uniknya Bandar Diraja Johor


Muar terletak di barat laut negeri Johor sekali gus kedudukannya yang strategik dan berhampiran dengan Lebuh Raya Utara Selatan, dilihat sebagai kelebihan pada..

 daerah itu menjadi lebih popular berbanding daerah lain yang terdapat di negeri ini.

Kepelbagaian tarikan yang terdapat di daerah Muar antaranya sajian makanan yang istimewa sehingga menjadikan daerah ini destinasi pelancongan yang patut dilawati.

Kelebihan dimiliki mendorong sesiapa sahaja yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Johor Bahru, sanggup untuk singgah sebentar ke daerah Muar hanya semata-mata ingin mencuba dan menikmati Mi Bandung, Mi Rebus, sate dan minuman kopi 434.

Makanan itu jugalah telah membantu menyemarakkan lagi kemeriahan pelancongan yang terdapat di Bandar Maharani ini.

Ia dibantu dengan beberapa tarikan lain seperti kewujudan homestay di Parit Bugis, Ladang Herba Nasuha Pagoh, Muzium Bukit Kepong serta Kolam Air Panas Sungai Gersik,Sungai Balang yang sememangnya sudah cukup dikenali oleh masyarakat luar.

Usaha menjadikan daerah Muar sebagai destinasi pelancongan unik tercapai menerusi pelancaran video pelancongan oleh bekas Yang DiPertua Majlis Perbandaran Muar (MPM), Mohd Fuad Radzuan, pada tahun lalu.

Sumber : Sinar harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...