Pages

Wednesday, July 11, 2012

Gempar lembu beranak kembar

image (14)

Lembu beranak dua. Ia mungkin bukan perkara biasa, namun keadaan itu amat jarang berlaku dan kerana itulah, komuniti di sini gempar apabila seekor lembu dipelihara seorang datuk 22 cucu, beranak kembar dua

Tambah mengejutkan kejadian itu pertama kali dihadapinya biarpun mula memelihara lembu sejak usianya belasan tahun
lagi dan sudah ada individu menawarkannya RM3,000 untuk membeli pasangan anak lembu jantan kembar dan ‘ibu’nya itu.
ia juga menjawab segala tanda tanya dia sekeluarga setelah mendapati perut lembu betina peliharaannya itu terlalu bunting sewaktu haiwan berkenaan ‘pulang’ seekor ke rumah secara tiba-tiba sekitar tiga minggu lalu.
mempunyai hampir 20 lembu dan dilepaskan di kawasan hutan berhampiran. Kebiasaannya, haiwan ini bergerak secara berkumpulan. terkejut bila mendapati salah seekor lembu betina dipelihara pulang.
“Mulanya pakcik terfikir mungkin haiwan ini ingin beranak di belakang rumah kerana melihat keadaannya bunting. Malah, pakcik juga tertanya-tanya kenapa perut
lembu betina ini terlalu buncit bukan sebagaimana lembu-lembu betina yang lain ketika bunting,"Menurutnya, segalanya terjawab pagi Ahad lalu apabila dia mendapati haiwan itu beranak kembar dua.

Sumber : Sinar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...