Pages

Monday, July 2, 2012

Bujang Sebelak hampir ditangkap


Seekor buaya berwarna hitam dipercayai Bujang Sebelak  dianggarkan sepanjang 4.2 meter dan selebar lebih 0.7 meter hampir berjaya ditangkap oleh pawang tersohor dari Betong, Indet Sanabong di Sungai Sebelak ...


 Indet, 49, gagal menangkap buaya hitam yang telah memakan umpan yang dipasangnya ekoran tali pancing umpan itu terputus ketika menarik reptilia ganas tersebut pada pukul 8 malam.
Terdahulu, Indet terpaksa bertarung selama sejam untuk menarik buaya hitam tersebut selepas haiwan itu tersangkut pada kayu dalam dasar sungai lalu menyebabkan tali pancing terputus.
"Saya cuba menarik buaya hitam itu dari dalam air selama sejam dengan bantuan seorang penduduk kampung. Selepas beberapa ketika, kelibat buaya itu berjaya dilihat dan ia sangat besar dan berwarna hitam.
"Ada penduduk memberitahu bahawa buaya itu yang menyerang isteri kepada ketua Rumah Panjang Nanga Sungai Anak, Siah Munsong, 42, sebelum ini," katanya ketika ditemui Kosmo! di Rumah Panjang Nanga Sungai Anak
Sumber : Kosmo, 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...