Pages

Tuesday, July 10, 2012

14 badak sumbu spesies terancam mati akibat banjir

badak sumbu 2

GUWAHATI (India):

Banjir di utara India menyebabkan kira-kira 600 haiwan di taman hidupan liar terbesar wilayah itu mati, termasuk berpuluh-puluh spesies terancam badak sumbu bertanduk satu…

Pengarah Taman Negara Kaziranga seluas 430 kilometer persegi di Assam, S.K Bora berkata, “Kebanyakan haiwan itu mati lemas atau dilanggar kenderaan laju apabila mereka cuba melarikan diri dari banjir.”

Katanya, air kini sudah surut tetapi kebanyakan haiwan yang lari dari taman itu belum kembali.

Menurut Bora, beberapa spesies rusa iaitu lebih daripada 500 ekor mati termasuk 14 badak sumbu dan dua anak gajah.

Sejak beberapa minggu lalu, Assam dilanda banjir teruk akibat hujan monsun yang lebat dan menyebabkan air sungai Brahmaputra melimpah dan menenggelamkan banyak kawasan di wilayah itu.

Menurut angka rasmi, hampir 130 orang terbunuh dan enam juta lagi hilang tempat tinggal akibat banjir

Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...