Pages

Sunday, February 19, 2012

Fazura jawab gosip nikah

Tampil memberi kenyataan balas bukan dengan niat untuk menuding jari atau mempersalahkan mana-mana pihak tetapi pelakon berasal dari Pekan, Pahang ini mahu semua pihak faham kedudukan sebenar. 
Nur Fazura Sharifuddin
Bila cerita peribadi sering digembar-gemburkan hingga membabitkan pihak lain dan menenggelamkan kerjaya seni yang sudah diharungi hampir lapan tahun, perkara itu membuatkan pelakon jelita, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura berasa sedih dan kecewa.
Foto
sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai selebriti menjadi perhatian ramai untuk tampil dan menjelaskan apa saja perkara yang dirasakan perlu termasuklah isu mengenai dirinya akan berumah tangga dalam waktu terdekat dengan jejaka pilihan hati yang sekarang ini sedang bertiup kencang.
Foto
 terkilan dan kesal dengan  (gosip) kerana implikasi­nya  menyebabkan cerita tidak benar terbabit berpanjangan. Lebih terkilan bila maksud apa yang mahu dinyatakan sebenarnya disalahertikan.jadi  faktor penyebab mengapa Fazura jarang tampil memenuhi fotografi atau temuramah jika tiada produk atau filem baru untuk dipromosikan. 
Foto
Menafikan apa saja cerita mengenai  dia merancang berkahwin dan FAZURA yang memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Skrin 2010 menerusi filem Pisau Cukur, menegaskan mengurangkan pembabitan dalam dunia lakonan  tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu kahwin.. Fazura, tidak meninggalkan terus dunia lakonan sebaliknya lebih berhati-hati dalam memilih watak.
Foto
Filem terbaru lakonannya, Bujang Terlajak Belum Terlanjur mula ditayangkan di pawagam pada 19 Januari lalu dan kini disiarkan menerusi Astro First.Sumber : metro

                                                                  Rezeki Wawa

 Wawa Zainal, berusia 20 tahun. bakal menggantikan tempat Lisa yang mungkin memperlahankan aktiviti seninya di saat sah menjadi isteri kepada Yusry Abdul Halim, 23 Februari ini.
pix_gal0
Wawa Zainal  adalah  bakat baru..wajahnya mula kerap menghiasi dada akhbar dan majalah hiburan. Pernah sesekali terlihat kelibat wajahnya yang comel menerusi drama bersiri Klik yang disiarkan di Astro Ceria sedikit masa lalu.  juga muncul dalam beberapa babak kecil menerusi filem seram Sumpahan Kum Kum yang masih ditayangkan di beberapa pawagam...dijangka memberi tamparan hebat sepanjang 2012 bila deretan filem dan drama lakonannya sedang bersedia menemui penonton.Mulai 9 Februari lalu, filem komedi seram terbaru terbitan MIG Productions, Hantu Dalam Botol Kicap (HDBK) lakonan Wawa bersama Mon Ryanti dan Angah Raja Lawak sudah pun menjengah pawagam. diikuti filem Seram Sejuk, 3 Temujanji, Aji Noh Motor dan Budak Pai Lang yang dijangka menjengah pawagam sepanjang 2012 semuanya menampilkan Wawa sebagai watak utama mahupun pembantu...juga drama Cinta Buat Emelda dan Bunga-Bunga Syurga yang menampilkan Wawa antara watak utama, dijangka disiarkan di TV3 mulai 15 Februari dan 9 MacSumber : Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...