Pages

Thursday, January 5, 2012

Menu special

Sup Daging
Bahan- bahan
Daging
3 ulas bawang putih ditumbuk
5 ulas bawang merah ditumbuk
halia ditumbuk
1 labu bawang besar dihiris
sup bunjut
kulit kayu manis,
bunga cengkih
buah pelaga
sedikit halia diketuk
Air
garam ,gula dan aji

Cara- cara

Tumiskan bahan -bahan yang ditumbuk hingga kekuningan dan wangi
masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih dan buah pelaga
masukkan daging dan kacau
tutup periuk dan kecilkan api sekejap 
Masukkan air secukupnya 
besarkan api
masukkan sup bunjut
masukkan halia ketuk dan bawang besar
masak hingga kuah mendidih
masukkan garam,gula dan aji secukup rasa
masak hingga daging empuk
bila daging sudah empuk dan sudah cukup rasa
tutupkan api
bila hendak dimakan masukkan dalam mangkuk
taburkan daun sup,daun bawang dan bawang goreng

Sedia dihidang

Telur masin
Masukkan telur dalam periuk bersama air
Rebus hingga masak

Sambal belacan
CIli api
belacan
2 ulas bawang putih
garam,gula ,aji secukup rasa
limau kasturi
sos tiram

Cara - cara
Masukkan semua bahan dalam belander
kecuali sos tiram dan limau kasturi
belander sampai lumat
Masukkan dalam mangkuk
masukkan sos tiram 
masukkan jus limau kasturi
masukkan sedikit air suam
kacau biar rata 

Sedia dihidang

Ni la menu kami kemarin 
Menu yang syam masak sebelum gi kijo
dan bawa balik
kata ore kelate wat kelik
masa kelik kijo
Tengahari
Anie dengan baby make nasi sup,telur jeruk,dengan samba belace


Air teh tarik
Paginya 
macam biasa la
minum tah tarik

Ikan goreng special syam
Bahan - bahan 
Ikan kembung dikelar dan digoreng
bunga kubis
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 biji cili merah dihiris 
2 ulas bawang putih di ketuk
daun limau purut
sos tiram,sos cili sedikir kicap
sedikit air
garam,gula ,dan aji secukup rasa

Cara - cara
Tumiskan bawang putih ketuk 
massukkan bunga kobis
masukkan sos tiram,cili sos dan kicap
air
masukkan garam gula dan aji secukup rasa
masukkan bawang besar
cili merah
kacau
 bila sudah cukup rasa masukkan daun limau purut
kacau
tutupkan api
angkat
siramkan keatas ikan yang sudah digoreng

Telur dadar
Ha 
Ni pulak menu makan malam kami
 Syam masak bila dah kelik kijo
Ikan goreng special dengan telo dada

Kuih Seri muka
kuih seri muka ni 
Syam bawak balik masa kelik kijo
Air coce ni pun samo la
syam bawak kelik masa kelik kijo

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...